Posts

Showing posts from 2010

Abang hadapi masalah, adik jadi mangsa rogol

Polis tahan tiga suspek serta abang gadis untuk siasatan KUALA TERENGGANU: Gara-gara abang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan rakannya, si adik dijadikan mangsa apabila dilarikan dan dirogol tiga lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun berada di rumahnya bersama keluarga di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung didatangi dua suspek iaitu rakan abangnya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan melarikan mangsa menaiki sebuah kereta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata selepas kejadian itu, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang suspek memberitahu akan menghantar adiknya pulang. Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi, kakaknya menerima panggilan pula daripada seorang wanita memberitahu adiknya berada dalam keadaan baik, tetapi enggan memberitahu di mana mangsa berada. “Bimbang dengan keselamatan mangsa, ibunya beru...

Suami isteri dihukum gantung sampai mati edar, miliki dadah

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lalu. Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan Zarimah Yusoff, 30, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada jam 3.45 petang 3 Februari 2008. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati. Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, kedua-dua tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disebabkan undang-undang negara hanya ada satu hukuman iaitu hukuman mandatori, maka kedua...

Tiga suspek culik pelajar kena tahan

Polis percaya sindiket ada rangkaian seluruh negara KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga penjenayah daripada sindiket penculikan yang mengurung seorang pelajar kolej selama tiga hari selepas mereka menerima wang tebusan RM30,000 daripada keluarga mangsa di sekitar kawasan Bukit Bintang. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pelajar itu diculik Rabu lalu di hadapan rumahnya di Selayang Baru jam 5.45 pagi ketika menunggu rakannya untuk ke kolej di Petaling Jaya sebelum didatangi dua lelaki menaiki kereta. Polis menerima maklumat daripada bapa wanita berusia 22 tahun itu yang anggota sindiket itu berjanji akan membebaskan mangsa di sekitar kawasan Bukit Bintang, selepas wang tebusan dibayar. “Anggota polis kemudian membuat pemantauan di sekitar Bukit Bintang dan mendapati mangsa dibebaskan di kawasan terbabit, pada jam 2.45 pagi, semalam. “Anggota polis kemudian mengekori suspek hingga ke Rawang selama 20 minit sebelum menahan seorang lelaki yang menaiki ...

Sindiket cuba seludup diesel subsidi tumpas

10,000 liter minyak ditemui dalam enam tangki MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan cubaan menyeludup 10,000 liter diesel subsidi yang disorok dalam enam tangki besar di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Pujut, di sini semalam. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Miri, Jubin Janggong, berkata diesel subsidi bernilai RM18,000 itu yang dipam dari stesen minyak bersebelahan dipercayai untuk dijual kepada pemilik ladang kelapa sawit yang beroperasi di utara Sarawak. “Kita sedang menyiasat kes ini secara terperinci untuk membendung aktiviti penyelewengan diesel subsidi yang sering berlaku sekarang,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam sambil menambah beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti haram itu sudah diambil keterangan. Rampasan itu adalah kejayaan kedua KPDNKK dalam tempoh 24 jam selepas sebelum itu menumpaskan satu cubaan penyeludupan diesel subsidi dalam ‘Ops Nano’. Operasi disertai KPDNKK dan Suruha...

Kes bunuh Sosilawati - 2 mengaku bakar empat mayat

BANTING: Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibunuh oleh seorang lelaki, mayat mereka diletak di atas longgokan kayu, dicurah petrol dan diesel sebelum dibakar antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu. Pada jam 8 pagi keesokan hari, abu mayat mereka dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibawa dengan kenderaan jenis Isuzu D-Max serta dibuang di Sungai Panchau, Jalan Morib. Pengakuan itu kali pertama didedahkan melalui fakta kes membabitkan dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Mekanik, K Sarawanan, 19 dan U Suresh, 26, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38. Sarawanan didakwa melakukan empat kesalahan itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 9.45 malam dan 12 tengah malam, 30...

Kes bunuh Sosilawati - 4 dituduh bunuh Sosilawati

# BANTING: Peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Ogos lalu. Pathmanabhan, 41, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, bersama T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20 dan R Kathavarayan, 30, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. Dalam pada itu, dua lagi suspek termasuk adik lelaki Pathmanabhan, juga seorang peguam berusia 38 tahun dibebaskan bersama seorang lelaki lain. Turut dibebaskan teman wanita salah seorang susp...

Kes bunuh Jururawat - Lelaki ditahan bantu kes bunuh jururawat

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang jururawat yang mayatnya ditemui separuh bogel dalam parit di belukar Taman Kingfisher, Jalan Sulaman dekat sini, pagi kelmarin. Lelaki itu yang juga tunang mangsa ditahan di sebuah premis di bandar raya ini petang kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marong, berkata siasatan kes bunuh Annie John, 39, merangkumi pelbagai aspek termasuk cemburu serta orang terakhir yang dilihat bersamanya. “Kami sudah menyoal beberapa jururawat yang mengikuti kursus amali dua minggu di Universiti Terbuka Malaysia di Jalan Lintas bersama mangsa,’ katanya. “Tunang mangsa ditahan kerana dia adalah pihak yang rapat dengan mangsa. Soal sama ada dia suspek utama atau sebaliknya akan ditentukan selepas soal siasat terhadapnya selesai,” katanya di sini semalam. Selain itu, katanya, siasatan juga ditumpukan kepada aspek sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat...

Guru sukan ditahan cuba sebar gambar bogel kekasih

Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas. Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan. Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook. “Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut. “Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, me...

Dua pelajar ditahan khayal dadah

Lima lain turut positif pil kuda KUALA TERENGGANU: Dua pelajar Tingkatan Tiga adalah antara tujuh remaja yang didapati positif pil khayal selepas ditahan dalam operasi membanteras penagihan dadah di Taman Permai, Batu 1, Jalan Air Putih, Kemaman, awal pagi Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata selain pelajar terbabit, empat remaja lain berusia 15 tahun dan dipercayai tidak bersekolah serta seorang remaja berusia 23 tahun turut didapati positif dadah berkenaan. Beliau berkata, polis menerima maklumat mengenai dua pelajar terbabit dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah bersama lima rakannya bagi mendapatkan wang untuk mendapatkan bekalan pil kuda. Berikutan itu, satu operasi pencegahan dadah yang diketuai Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Asisten Superitendan, Hamzah Dollah bermula jam 3 pagi Ahad lalu berjaya menahan dua pelajar terbabit di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan. “Susulan penahanan ...

Penganggur bunuh model sambilan dihukum mati

ALOR SETAR: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah membunuh seorang model sambilan di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, enam tahun lalu. Hakim Datuk Zamani A Rahim ketika menjatuhkan hukuman itu semalam, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu. Tertuduh, Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah nombor 180, Jalan Anggerik 1/7, Bandar Amanjaya, Sungai Petani antara jam 12.01 pagi hingga 7.15 pagi pada 4 Mei 2004. Zamani berkata, dalam keterangan membela diri tertuduh mendakwa dia menikam Mohamad Azhary akibat terkejut, panik dan marah kerana mangsa cuba meliwatnya ketika sedang tidur pada malam kejadian di rumah berkenaan. Katanya, tertuduh mendakwa pada malam kejadian dia tidur di rumah itu sebelum mendapati mangsa memegang perutnya dan merapatkan badan kepadanya hingga dia dapat merasakan ketegangan pada kemaluan mangsa. “Mangsa...

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar

Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang membawa masuk teman lelakinya ketika datuk dan neneknya sedang nyenyak tidur, terbongkar apabila emak saudaranya menemui lelaki itu bersembunyi dalam almari pakaian, ketika datang ke rumah berkenaan untuk mengejutkannya ke sekolah, dalam kejadian di Labis, dekat sini awal pagi Sabtu lalu. Pelajar tingkatan tiga itu dikatakan berani membawa masuk teman lelakinya yang berusia 17 tahun dan bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan selepas mendapati datuk dan neneknya tidur, manakala beberapa saudaranya termasuk keluarga emak saudara tiada di rumah kerana menemani ahli keluarga mereka yang dirawat di hospital. Remaja yang tinggal dengan keluarga datuknya sejak berusia lapan tahun selepas kematian ibu kandungnya, pada mulanya dikatakan hanya bersembang dengan teman lelakinya di luar rumah berkenaan sebelum membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik selepas menyedari datuk dan neneknya sudah tidur pada kira-kira jam 11 malam. Ketua Polis Dae...

Dua dituduh pecah amanah RM26j

Mahkamah arah bekas pengarah syarikat pembekal alat ganti kereta bela diri KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen semalam, mengarah dua bekas pengarah syarikat pembekal alat ganti kereta untuk membela diri atas tuduhan terbabit dalam penipuan pembelian dan pecah amanah sekuriti bernilai RM26 juta, dua tahun lalu. Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap warga Singapura, Toh Chun Toh Gordon, 59, dan Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid, 67. Jagjit menetapkan 20 hingga 22 Disember ini serta 17 hingga 21 Januari tahun depan untuk semua tertuduh membela diri. Toh dituduh terbabit dalam penipuan berkaitan dengan pembelian 11.1 juta unit saham Multi-code Electronics Industries (M) Berhad dengan menyebabkan pengeluaran deposit tetap syarikat itu berjumlah RM18,146,168.74 dan RM17,552,275.20 sudah dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad. Toh dituduh melakukan kesalahan itu di Kenanga Investment Berha...

Penganggur dihukum gantung bunuh model sambilan

Seorang penganggur hari ini, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang model sambilan pada Mei 2004. Hakim Datuk Zamani A Rahim, ketika menjatuhkan hukuman itu berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu. Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah bernombor 180 Jalan Anggerik 1/7 Bandar Amanjaya, Sungai Petani antara jam 12.01 pagi hingga 7.15 pagi pada 4 Mei 2004. Ketika membela diri, tertuduh mendakwa dia menikam si mati akibat terkejut, panik dan marah kerana mangsa cuba meliwatnya ketika sedang tidur pada malam kejadian di rumah berkenaan. Sementara itu, dalam penghakimannya Zamani berkata: "Semasa memberi keterangan membela diri tertuduh gagal membuktikan berlaku kemarahan yang melampau atau cubaan untuk membela diri. "Oleh itu saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes ini." ...

Penyamun beri ceramah

ALOR SETAR: Seorang penyamun sempat 'berceramah' mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, di sini, seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik. Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan. Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu. “S...

8 warga Iran telan 5kg syabu diberkas

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menahan lapan lelaki warga Iran yang menelan lebih 500 kapsul syabu seberat lima kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat lalu. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Othman Harun, berkata kumpulan itu ditahan polis susulan penemuan syabu seberat empat kilogram di dalam beg sandang seorang lagi lelaki warga Iran. “Selepas penemuan itu, polis membawa lapan rakan lelaki terbabit ke Hospital Serdang dan Kajang bagi pemeriksaan sebelum menemui 56 hingga 75 kapsul syabu di dalam badan setiap suspek,” katanya. Beliau berkata, laporan hospital menunjukkan kapsul itu ditemui selepas kelapan-lapan suspek melalui proses pembuangan air besar membabitkan jumlah keseluruhan lebih 500 biji. “Setiap seorang didapati menelan 56 hingga 75 kapsul. Semua mereka kini ditahan di hospital itu bagi pemeriksaan lanjut, termasuk mengeluarkan saki baki kaprul daripada badan mereka. “Seorang lelaki dewasa mampu menelan 75 hingga 10...

2 lelaki edar dadah dihukum gantung

Image
ALOR SETAR: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2.8 kilogram di Gurun, empat tahun lalu. Hakim Datuk Zamani A Rahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap Rizal Sham Ahmad, 32, yang juga seorang pemandu van kilang dan rakannya Md Fitri Md Saad, 31, seorang penganggur kerana didapati bersalah mengedar dadah itu di tempat letak kereta di hadapan Pasar raya Aneka, Gurun kira-kira jam 4 petang, 7 Februari 2006. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Zamani sebelum menjatuhkan hukuman itu berkata, mahkamah juga mendapati keterangan pembelaan oleh kedua-dua tertuduh terbabit bercanggah antara satu sama lain. Rizal Sham dalam keterangan pembelaannya memberitahu mahkamah wujud orang ketiga yang didakwa pemilik dadah berkenaan ketika mereka berdua menaiki sebuah kereta, bag...

Zunar ditahan kes komik unsur hasutan

KUALA LUMPUR: Kartunis, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan polis semalam apabila didapati menerbitkan komik berunsur hasutan. Zunar, 49, ditahan di pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd di Brickfields di sini, oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kira-kira jam 4 petang dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata polis turut merampas 67 naskhah terbaru buku berjudul Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam semalam serta beberapa lukisan kartun milik kartunis itu. “Beliau kini dibawa ke IPD Brickfields dan akan direman beberapa hari bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam. Syarikat penerbitan buku kartun berunsur politik itu sebelum ini pernah diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila mendapati watak dalam kandungan buku itu dicipta untuk menyindir kerajaan. Kebenaran itu amat menyakitkan. Keju...

Guru al-Quran sekadar topeng

Pelaku jenayah seksual tak pegang teguh ajaran Islam: Hassan Din KUALA LUMPUR: Individu yang membawa imej orang agama, termasuk guru al-Quran yang melakukan jenayah seksual terbukti tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam, sebaliknya hanya menjadikan agama sebagai topeng demi kepentingan diri. Mengulas kes seorang guru al-Quran di Terengganu yang merogol anak muridnya, tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata individu itu sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak didik, bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah. “Kes rogol membabitkan guru agama atau guru al-Quran memalukan institusi agama. Mereka sepatutnya memberi teladan terpuji kepada anak murid. Jenayah seksual yang dilakukan mencerminkan insan seperti itu tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya. Bercakap ketika dihubungi Berita Harian, semalam, beliau berkata, dalam kes di Terengganu itu, nafsu serakah lelaki berkenaan terbukti tidak dapat dibend...

Pegawai dakwa dicabul rakan setugas

Seorang pegawai imigresen wanita mendakwa dicabul pegawai penjara yang juga rakan setugasnya di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, baru-baru ini. Kejadian itu berlaku kira-kira sebulan selepas operasi di 13 depot tahanan imigresen seluruh negara dikendalikan secara bersepadu membabitkan kakitangan imigresen, penjara, polis dan Rela. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu diterima di Balai Polis KLIA pada Rabu lalu. Sumber memberitahu, pengadu yang berusia dalam lingkungan 20-an dan sudah berumah tangga itu membuat laporan kerana tidak dapat menerima perbuatan pegawai penjara berusia 40-an yang memeluknya dari belakang. “Perbuatan itu dianggap melampau dan tidak seharusnya berlaku di kalangan penjawat awam terutama mereka yang menjalankan tugas penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan pegawai imigresen berkenaan mengadu kepada penguru...

Suspek utama kes bunuh Sosilawati nafi terbabit bunuh

Tambi memang ular. Pembakaran mayat berlaku di ladangnya tapi masih menafikan terbabit dalam kes bunuh. Tambi bela tambi juga. Kita sama-sama baca penafian si tambi yang saya dapat daripada berita harian online. Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan. Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam. Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik. Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan ...

Adik beradik aktif edar pil kuda ditahan

Polis menemui 4,000 biji pil kuda bernilai lebih RM100,000 selepas menahan dua lelaki adik beradik serta seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun, dipercayai pengedar utama di beberapa kawasan bandar raya ini dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Setia, Durian Burung, dekat sini, pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 8.10 pagi itu, polis menemui 20 paket yang setiap satunya berisi 200 biji pil kuda dalam sebuah kotak disembunyikan di bawah katil dalam sebuah bilik yang dihuni suspek berusia 19 tahun bersama kekasihnya berusia 19 tahun dari Kuala Ibai di sini, dipercayai untuk diedarkan kepada pembeli di Durian Burung dan Padang Midin. Click Here Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak, berkata polis turut menahan abang suspek yang juga pengusaha kedai dobi berusia 23 tahun kerana dipercayai turut terbabit dalam kegiatan pengedaran pil kuda berkenaan. “Ketika serbuan, ibu suspek turut berada dalam rumah itu, manakala bapanya yang b...

Sindiket bomoh palsu tumpas

Lima suspek warga China termasuk empat wanita ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam lapan kes jenayah penipuan melalui taktik rawatan bomoh di beberapa daerah di negeri ini sejak Januari lalu, termasuk kes terbaru di Labuan, Rabu lalu. Suspek berusia 29 hingga 39 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sabah di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin, dipercayai bersiap untuk pulang ke negara asal. Mereka disyaki melakukan penipuan dengan menjadikan wanita berusia 50-an terutama suri rumah sebagai mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Superintendan Soh Hock Seng, berkata lapan kes dikesan membabitkan masing-masing dua di Inanam dan Luyang serta satu di Tuaran, Tawau, Penampang dan Labuan dengan kerugian keseluruhan RM127,338.

Guru dipenjara 15 tahun, dua sebatan

KUANTAN 15 Sept. - Seorang guru muzik hanya berkesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri selama enam hari apabila dia hari ini dihukum penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan, tiga tahun lalu. Abdul Wahid Mohd. Haneepa, 43, dikenakan hukuman tersebut selepas Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskannya daripada ketiga-tiga tuduhan yang dihadapinya. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan dua kali terhadap tertuduh bagi tuduhan seks oral dan penjara lima tahun bagi setiap dua tuduhan mencabul mangsa. Beliau bagaimanapun memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, tertuduh tidak wajar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan yang dilakukannya adalah serius. ''Tert...

SKMM ambil tindakan salah guna internet

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini. SKMM berkata, pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan penyampaian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain. “Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,” kata SKMM dalam satu kenyataan, semalam

Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis temui 6 keping zink dipercayai alas pembakaran

Enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam. Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam. Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini. Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan. Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangs...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Seorang lagi diburu bantu siasatan

Polis sedang memburu seorang lagi lelaki, dipercayai bekas pengawal peribadi dua suspek utama kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya bagi membantu siasatan kes itu. Difahamkan, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai banyak maklumat berhubung kes berkenaan melarikan diri selepas menyedari diburu sebaik kes pembunuhan itu terbongkar. Sumber memberitahu Berita Harian, polis sudah menyerbu rumah lelaki terbabit dan beberapa lokasi termasuk pejabatnya di Banting, namun gagal menemuinya. "Suspek dipercayai melarikan diri selepas dua beradik peguam berkenaan ditahan bersama enam suspek lain, termasuk pekerja ladang mereka sebelum ini. "Polis percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran. Identitinya sudah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan," katanya.

Kehilangan saudagar disiasat

Polis Selangor semalam memulakan siasatan berhubung kes saudagar permata dari Chennai, India yang dilaporkan hilang sejak lapan bulan lalu. Difahamkan, kehilangan jutawan, Allal Kathan Muturaja, 34, dipercayai mempunyai kaitan dengan dua beradik peguam berusia 38 dan 41 tahun yang juga suspek utama kes pembunuhan dan bakar pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, berkata siasatan akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek, termasuk hubungan antara jutawan terbabit dengan kedua-dua suspek utama berkenaan. “Polis tidak menolak kemungkinan semua kes orang hilang ini mempunyai kaitan antara satu dengan lain, dipercayai didalangi dua suspek yang sama,” katanya. “Selain kes Sosilawati, ada empat kes orang hilang lain yang dilaporkan, masing-masing dua di Selangor, manakala selebihnya di Kuala Lumpur. Ini termasuk kes Allal,” katanya ketika dihubungi...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah. Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan. Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari. “Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhub...

Dua beranak maut di tangan jiran

Ustazah yang ditemui mati bersama anak lelakinya berusia 10 tahun di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, 3 September lalu, dipercayai dibunuh jirannya yang menyamun mangsa bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutang. Polis juga tidak menolak kemungkinan Norliza Ishak, 35, turut dirogol manakala anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, diliwat sebelum dibunuh dan disamun lelaki berusia 34 tahun yang tinggal bersebelahan rumah mangsa. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata lelaki itu dikatakan memperdayakan ustazah berkenaan kononnya kunci rumah tertinggal dan mahu memanjat masuk ke rumahnya melalui dapur mangsa. “Sebaik mangsa membuka pintu, lelaki itu terus menghentak kepalanya menggunakan siku. Anak mangsa yang menjerit apabila melihat kejadian itu, pula dipukul di kepala sehingga pengsan. “Suspek kemudian mengikat tangan dan kaki kedua-dua mangsa, manakala mulut ditutup menggunakan pita pelekat dan kepala dibalut dengan kain sarung serta pakaian sebelu...

Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk

BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai. Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Selepas lebih satu jam berada ...

Senjata cangkuk diguna bunuh Sosilawati

BANTING: Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut. Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui. “Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya. Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap. Kelmarin, pol...

Pembunuhan ustazah, anak lelaki polis temui kecederaan baru

SEREMBAN: Polis sahkan kedua-dua ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun yang dibunuh di rumah mereka d sebuah apartmen di Port Dickson 3 september lalu ada kecederaan baru pada kemaluan. Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC I Datuk Osman Salleh polis masih menunggu laporan DNA bagi sahkan sama ada mereka drogol dan dliwat suspek atau tidak. Suspek yang juga jiran mangsa itu sudah membuat pengakuan terbabit dlm pembunuhan dua beranak itu dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban, pagi esok.

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang

Image
Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan. Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan. Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu. Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar Turut ditahan yang disyaki su...

Bapa mangsa letupan mercun mengaku salah

KUALA TERENGGANU 9 Sept. - Bapa Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang maut akibat letupan mercun baru-baru ini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api. Ayub Abd. Rahman, 29, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Arman Che Mat kerana majistret sedang bercuti. Buruh terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang, 22 Ogos lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000. Ayub yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana tidak cukup wang. Mohd. Arman membenarkan Ayub diikat jamin RM1,800 denga...

Mayat bayi ditemui dalam sungai

IPOH 11 Sept. - Seorang bayi yang tidak diketahui jantina ditemui dalam keadaan hampir reput di dalam sungai di Kampung Jambu, Taiping. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, mayat bayi yang dijumpai orang ramai itu, kira-kira pukul 10 pagi. "Berdasarkan siasatan awal polis, mayat bayi tersebut dibuang sejak tiga hari lalu. "Kita akan tunggu laporan forensik hasil bedah siasat yang akan dijalankan Hospital Taiping bagi mengenal pasti ibu bapa bayi tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut tampil membantu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-8291222.

Wanita maut jatuh dari tingkat 20 kondominium

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Beberapa penghuni yang sedang mandi di kolam renang sebuah kondominium di Kota Damansara dekat sini malam tadi, tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang didengari dari bawah bangunan sebenarnya seorang wanita yang mati terjatuh. Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, mangsa, Chai Sook Mei, 22, ditemui mati akibat mengalami kecederaan parah setelah jatuh terhempap di atas bumbung pejalan kaki kondominium berkenaan. Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pengarah di sebuah syarikat swasta terjatuh dari koridor di tingkat 20 bangunan tersebut. Dia yang tinggal di Bandar Utama dekat sini, dipercayai pergi ke kondominium terbabit setelah kecewa dengan keputusan keluarganya yang mahu menghantarnya ke pusat pemulihan dadah kerana difahamkan mangsa merupakan seorang penagih. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut disedari oleh penghuni yang mandi di kolam renang di situ setelah t...

Jumpa empat mayat

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi. Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu. Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman. Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati. Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu. “Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejad...

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu. Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu. Click Here Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu. Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar. Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan. Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke lada...

Ibu, anak dibunuh kejam

PORT DICKSON: Seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kedua tangan serta kaki diikat dan muka mereka ditutup menggunakan kain di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, di sini, semalam. Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff dipercayai dibunuh malam kelmarin, tetapi kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 10 pagi semalam apabila rakan mangsa datang ke rumahnya selepas kedua-duanya tidak hadir ke sekolah. Suami Norliza yang berada di Mesir menguruskan perniagaan kini dalam perjalanan pulang. Kedua-dua mangsa yang masing-masing mengajar dan belajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson sepatutnya pulang ke kampung mereka di Pulau Kerbau, Palekbang di Tumpat, Kelantan, malam tadi. Rakan mangsa, Norhayati Zainuddin, 25, yang mengajar di sekolah sama, berkata dia menyedari sesuatu tidak kena apabila anak mangsa yang belajar di kelasnya tidak hadir. “Saya segera mencari Norliza untuk bertanyakan perkara itu, namun dimak...

Polis tahan reman pengawal keselamatan bunuh rakan sekerja

KLANG: Polis hari ini menahan reman selama seminggu seorang pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam. Majistret Afifah Yusof membenarkan lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah dan baru bertugas tiga bulan di HTAR direman bermula hari ini sehingga 4 September. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, dua mangsa yang dikenali sebagai P. Mailvanagam, 47, dan S.Gunasilan, 22, mati ditembak di dada di perkarangan tempat letak kereta kakitangan HTAR. Kejadian dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan bunuh. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi Bernama berkata, ujian sarin...

Jaga tembak dua rakan sekerja

KLANG: Hanya kerana ditegur tidur ketika bertugas, seorang pengawal keselamatan yang baru bertugas tiga bulan, menembak mati dua rakan sekerjanya dengan menggunakan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi semalam. Dua mangsa itu – P Mailvaganam, 47, dan S Gunasilan, 22, – mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada, selepas terkena dua das tembakan dilepaskan pengawal keselamatan berusia 37 tahun itu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata pada kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang mangsa menegur suspek yang tidur ketika bertugas sehingga berlaku cabar mencabar. “Ketika bergaduh, suspek melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata dibawanya yang mengenai dada mangsa. Suspek kemudian menyerah diri kepada ketua pengawal di bilik pengawal keselamatan hospital ini. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek sudah ditahan untuk siasatan, manakala may...

Tiga remaja mengaku salah simbah cat

SEREMBAN: Tiga remaja mengaku bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam atas tuduhan berasingan menyimbah cat merah dan membaling botol arak ke sebuah surau di Taman Sri Pulai, Sikamat, di sini, Isnin lalu. Semua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan berkenaan. Bagi tuduhan pertama, seorang daripada mereka bersubahat melakukan satu kesalahan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lalu. Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama. Bagi pertuduhan kedua, dua daripada mereka dengan niat bersama melakukan khianat dengan menyimbah cat di surau terbabit pada waktu dan tarikh sama. Mengikut pertuduhan ketiga pula, semua tertuduh dengan niat bersama melakukan khianat dengan membaling botol arak di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Pegawai Imigresen Tinggi diberi surat tunjuk sebab kes sogokan RM60,000

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut dan kecewa.” Itulah maklum balas awal Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) ketika ditanya mengenai kegiatan sogokan mencecah RM60,000 yang diterima sesetengah anggota dan pegawainya di Jeti Pulau Ketam hingga menyebabkan pintu masuk negara di Pelabuhan Klang itu mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. Malah, beliau juga tidak menjangka keadaan sebegitu teruk walaupun selepas menempatkan antara empat hingga lima pegawai dari ibu pejabat imigresen di setiap pintu keluar masuk untuk memantau operasi harian menjelang Aidilfitri ini. “Nampaknya langkah menempatkan pegawai dari ibu pejabat imigresen ini masih tidak cukup dan tidak berjaya untuk mengekang kejadian itu (pendatang tanpa izin bolos dan sogokan kepada anggota serta pegawai imigresen). Tidak ada kompromi dalam hal ini (rasuah), semuanya kerana mereka tidak boleh kawal nafsu. “Dalam hal ini, amaran adalah kepada Pegawai Imigresen Tinggi (PIT) yang bertanggungjawab me...

JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang. Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu. Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat. Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka. Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya ...

Penagih jadikan lima adik hamba seks

KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya. Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung berkenaan. Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka. Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat. Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin unt...