KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik dilanggar ketika sedang bertugas di persimpangan Jalan Sultan Hishammuddin di sini sekitar pukul 8.11 pagi Selasa. Menerusi video kamera litar tertutup berdurasi 45 saat yang turut dikongsi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya, kelihatan anggota trafik tersebut sedang memberi laluan kepada kenderaan menuju terus ke Jalan Raja atau belok kanan ke Leboh Pasar. Bagaimanapun, secara tiba-tiba, sebuah kereta yang menghala ke Jalan Raja melanggar anggota trafik tersebut yang berdiri di tengah-tengah persimpangan itu untuk mengawal laluan trafik. Seperti dapat menjangkakan akan dilanggar, anggota trafik itu dilihat tangkas berdiri semula selepas kejadian itu. Menyedari kesalahan yang dilakukannya, pemandu kenderaan tersebut bertindak keluar dari kenderaannya dan menuju ke arah anggota trafik tersebut. Dalam video berkenaan, pengguna jalan raya lain terutama penungggang motosikal dilihat memberhentikan kenderaan m...