Posts

Showing posts from January, 2016

Wanita maut ditikam, ditetak suami

Image
KEPALA BATAS - Seorang wanita warga Thailand maut selepas ditikam dan ditetak suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa R. Maphooh, 34, ditetak suaminya seorang warga tempatan di rumah mereka. "Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah. "Wanita itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam di bahagian leher, badan dan paha kanan. Mayatnya ditemui di atas penutup longkang di hadapan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini. Beliau berkata sebaik kejadian itu, suami mangsa yang berumur 33 tahun bertindak masuk ke dalam rumah dan...

Enam lelaki direman membantu siasatan kes tikam pelajar hingga mati

SUNGAI PETANI - Enam lelaki berumur antara 15 dan 21 tahun, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki ditikam hingga mati di Bandar Puteri Jaya, di sini pada 19 Januari lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di Sungai Petani, bermula dengan penahanan seorang remaja berusia 15 tahun pada hari kejadian. "Kesemua suspek dikenakan reman yang akan tamat antara 25 dan 29 Jan ini," katanya kepada Bernama, hari ini. Md Zukir berkata mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan motif kejadian adalah samun. "Polis turut merampas satu buku lima, satu pisau lipat dan sebuah motosikal untuk membantu siasatan. "Berikutan penahanan enam suspek itu, kes ini dianggap selesai. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya. Pada 19 Jan lalu, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato W...

Warga emas maut ditikam

Image
MELAKA - Seorang lelaki warga emas  ditemui mati dengan dua kesan tikaman di garaj hadapan rumahnya di Kampung Lanjut Manis, di sini hari ini. Mangsa, Hussin Joh, 76, ditemui berlemuran darah di bahagian dada oleh penduduk kampung kira-kira jam 10.45 pagi selepas dipercayai disamun suspek yang kemudian melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, mangsa ditemui terbaring di garaj dengan dua kesan tikaman di bahagian bawah tulang rusuk. "Mangsa dipercayai disamun suspek berikutan porch bag yang dikatakan sering dililit di pinggang tidak ditemui pada badannya atau kawasan sekitar. "Kita juga percaya mangsa ditikam dengan senjata tajam sebelum suspek bertindak melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini. Menurut Razali, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Sinarharian

Tikam abang ipar: Warga Vietnam dijel 15 tahun

KOTA BHARU - Seorang nelayan warga Vietnam dihukum penjara 15 tahun oleh mahkamah sesyen di sini, tadi, selepas mengaku tikam abang ipar hingga mati kerana sering membulinya. Vo Chi Tao, 22, mengaku salah dengan niat menyebabkan kematian Nguyen Troung Han di  sebuah jeti di Pak Mayong, Semerak, Pasir Puteh pada jam 8 malam, 18 Disember tahun lalu. Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, sehari selepas kejadian. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam awam dan jurubahasa Vietnam. Pada tarikh lalu, polis menerima maklumat berhubung satu pergaduhan sebelum mangsa dikhabarkan meninggal dunia selang sejam menerima rawatan di hospital. Berpandukan saksi juga rakan mereka, carian skuad penyelam berjaya menemui pisau berukuran 22 sentimeter yang dibuang ke dalam laut berhampiran pelabuhan di lokasi kejadian. Bedah siasat mendapati luka-luka mempert...