Posts

Showing posts from March, 2017

Pemandu lori edar ganja dihukum gantung

Image
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu lori atas kesalahan mengedar ganja sebanyak 2.7 kilogram. Mahkamah mendapati Wan Mohamad Lufti Jaffar, 35 tahun, bersalah kerana mengedar ganja itu di depan premis GD Express Sdn Bhd, No 213, Jalan Taiping Parit Buntar pada 26 Julai 2014 jam 12.10 malam. Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali juga mendapati Wan Mohamad Lufti bersalah atas tuduhan kedua memiliki ganja sebanyak 34 gram pada tarikh, masa dan tempat yang sama. Bagi kesalahan itu dia dihukum penjara tiga tahun dan dikenakan hukuman rotan, sebanyak lima sebatan. Hakim memerintahkan Wan Mohamad Lufti menjalani hukuman itu mulai tarikh tangkapan pada 24 Julai 2014. Menurut hakim, mahkamah berpuas hati kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh tanpa keraguan munasabah. Katanya, beliau juga mendapati pembelaan tertuduh sepanjanng perbicaraan hanya bersifat penafian semata-mata. Pend...

Kes Sosilawati: Hukuman Mati Kekal Bagi Pembunuhan Paling Kejam

Image
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya tujuh tahun lalu telah membawa kepada kesudahan bagi satu jenayah paling kejam yang berlaku di negara ini dalam dekad-dekad yang lalu. Pada hari yang begitu tragik, Sosilawati, yang ketika itu adalah ikon utama dalam industri kosmetik tempatan yang bernilai jutaan ringgit, telah pergi untuk bertemu peguamnya, ditemani tiga yang lain, di ladangnya di Banting untuk memintanya mempercepatkan bayaran bagi dua cek yang tarikhnya ditunda bernilai RM4 juta yang merupakan hasil penjualan tanah ikon berkenaan yang dikendalikan firma guaman lelaki itu. Sebaliknya, mereka mati dalam keadaan mengerikan di tangan bekas peguam N.Pathmanabhan dan pekerja ladang T.Thilaiyalagan dan R.Kathavarayan dengan mayat mereka dibakar secara pembakaran mayat menggunakan kayu api. Pemb...

Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis ke tali gantung

Image
KANGAR: Dua pegawai Jabatan Imigresen negeri ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, Kangar, hari ini atas tuduhan membunuh warga Bangladesh pada Oktober 2014. Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar ke atas Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 35, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian pendatang asing tanpa izin (PATI), Abu Bakar Siddiqe di bilik pantri Jabatan Imigresen, di sini, antara 10 hingga 11 malam pada 29 Oktober 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dalam penghakiman mahkamah sedar semua intipati kes pendakwaan dan sudah menimbangkan pembelaan secara mendalam. Ketika keputusan dijatuhkan, Mohd Aminuddin dan Zuhairul Effendy tidak menujukkan sebarang reaksi. Ahli keluarga kedua-dua tertuduh serta rakan sekerja daripada Jabatan Imigres...