Posts

Showing posts from August, 2010

Polis tahan reman pengawal keselamatan bunuh rakan sekerja

KLANG: Polis hari ini menahan reman selama seminggu seorang pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam. Majistret Afifah Yusof membenarkan lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah dan baru bertugas tiga bulan di HTAR direman bermula hari ini sehingga 4 September. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, dua mangsa yang dikenali sebagai P. Mailvanagam, 47, dan S.Gunasilan, 22, mati ditembak di dada di perkarangan tempat letak kereta kakitangan HTAR. Kejadian dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan bunuh. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi Bernama berkata, ujian sarin...

Jaga tembak dua rakan sekerja

KLANG: Hanya kerana ditegur tidur ketika bertugas, seorang pengawal keselamatan yang baru bertugas tiga bulan, menembak mati dua rakan sekerjanya dengan menggunakan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi semalam. Dua mangsa itu – P Mailvaganam, 47, dan S Gunasilan, 22, – mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada, selepas terkena dua das tembakan dilepaskan pengawal keselamatan berusia 37 tahun itu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata pada kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang mangsa menegur suspek yang tidur ketika bertugas sehingga berlaku cabar mencabar. “Ketika bergaduh, suspek melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata dibawanya yang mengenai dada mangsa. Suspek kemudian menyerah diri kepada ketua pengawal di bilik pengawal keselamatan hospital ini. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek sudah ditahan untuk siasatan, manakala may...

Tiga remaja mengaku salah simbah cat

SEREMBAN: Tiga remaja mengaku bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam atas tuduhan berasingan menyimbah cat merah dan membaling botol arak ke sebuah surau di Taman Sri Pulai, Sikamat, di sini, Isnin lalu. Semua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan berkenaan. Bagi tuduhan pertama, seorang daripada mereka bersubahat melakukan satu kesalahan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lalu. Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama. Bagi pertuduhan kedua, dua daripada mereka dengan niat bersama melakukan khianat dengan menyimbah cat di surau terbabit pada waktu dan tarikh sama. Mengikut pertuduhan ketiga pula, semua tertuduh dengan niat bersama melakukan khianat dengan membaling botol arak di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Pegawai Imigresen Tinggi diberi surat tunjuk sebab kes sogokan RM60,000

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut dan kecewa.” Itulah maklum balas awal Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) ketika ditanya mengenai kegiatan sogokan mencecah RM60,000 yang diterima sesetengah anggota dan pegawainya di Jeti Pulau Ketam hingga menyebabkan pintu masuk negara di Pelabuhan Klang itu mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. Malah, beliau juga tidak menjangka keadaan sebegitu teruk walaupun selepas menempatkan antara empat hingga lima pegawai dari ibu pejabat imigresen di setiap pintu keluar masuk untuk memantau operasi harian menjelang Aidilfitri ini. “Nampaknya langkah menempatkan pegawai dari ibu pejabat imigresen ini masih tidak cukup dan tidak berjaya untuk mengekang kejadian itu (pendatang tanpa izin bolos dan sogokan kepada anggota serta pegawai imigresen). Tidak ada kompromi dalam hal ini (rasuah), semuanya kerana mereka tidak boleh kawal nafsu. “Dalam hal ini, amaran adalah kepada Pegawai Imigresen Tinggi (PIT) yang bertanggungjawab me...

JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang. Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu. Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat. Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka. Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya ...

Penagih jadikan lima adik hamba seks

KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya. Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung berkenaan. Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka. Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat. Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin unt...