Posts

Showing posts from May, 2017

2 sahabat ke tali gantung

Image
DUA sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2.93 kilogram (kg) di Sungai Siput, tiga tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap V Nadarajan, 30, dan R Vikneswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar ganja seberat 2.93 kg di kawasan letak kereta pasar raya di Jalan Lintang, Sungai Siput, 7.20 petang 14 Januari 2014. Mereka didakwa ikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Mohd Azrul Faidz manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P Ravi. -Hmetro

Bunuh lepas lamar

Image
Palembang: Seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam kekasihnya sendiri hingga mati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan wanita itu ditolak keluarga mangsa. Lelaki berkenaan, Suyanto, 24, dilaporkan pergi ke rumah kekasihnya, Sonya, 19, di Sukawinatan di sini kelmarin untuk bertemu ibu wanita itu. Kakak Sonya, Fatimah, 33, berkata, Suyanto yang juga pelajar Universiti PGRI di Palembang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan adiknya yang belajar di Universiti Bina Darma juga di Palembang. “Bagaimanapun, ibu memberitahu dia tidak bersetuju dan tidak merestui perkahwinan mereka. “Ibu berkata, jika mahu melamar datang secara baik ke rumah,” katanya yang dipetik akhbar Sriwijaya Post. Ujarnya, kerana terlalu marah, Suyanto terus menarik Sonya ke dalam sebuah bilik dan terjadi pertengkaran antara mereka. “Tidak lama selepas itu kami mendengar suara Sonya meminta tolong dan terus memecah pintu bilik sebelum melihat Suyanto sedang memangku adik saya yang berlumuran d...

Ahli kongsi gelap 04 ditahan

Image
POLIS menahan lapan lelaki yang disyaki anggota kongsi gelap 04, malam semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan di sekitar Georgetown, baru-baru ini. Dalam tangkapan 11 malam itu, semua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) menerusi Op Cantas. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mereka disyaki terbabit dalam dua kes pergaduhan di Lorong Steward dan persimpangan lampu isyarat di Dato Keramat pada malam Rabu lalu. Beliau berkata, pergaduhan membabitkan dua kumpulan dalam satu upacara keagamaan. Katanya, lapan parang panjang ditemui disorok untuk melakukan rusuhan. "Semua suspek dibawa ke IPDTL dan dua daripadanya memiliki rekod jenayah. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 15 Mei depan untuk siasatan lanjut," katanya. -Hmetro

Tukang masak didapati bersalah dihukuman gantung sampai mati

Image
BEKAS tukang masak lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang, 11.55 pagi 2 Februari 2015. Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh. Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki terbabit yan...