Bapa mangsa letupan mercun mengaku salah
KUALA TERENGGANU 9 Sept. - Bapa Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang maut akibat letupan mercun baru-baru ini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api.
Ayub Abd. Rahman, 29, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Arman Che Mat kerana majistret sedang bercuti.
Buruh terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang, 22 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.
Ayub yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana tidak cukup wang.
Mohd. Arman membenarkan Ayub diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September ini bagi majistret menjatuhkan hukuman.
Isteri tertuduh, Kamariah Sufian, 25, turut berada di mahkamah.
Dalam kejadian itu, Khairul Arif maut akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak dan melambung di atas pokok sejauh 15 meter.
Letupan dahsyat itu mengakibatkan mayat mangsa terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
Kejadian itu turut mencederakan dua lelaki iaitu Mohd. Asrizan Muda, 22, dari Kampung Seberang Baru, Chabang Tiga dan Mazlan Abdullah, 30, dari Bukit Payung, Marang.

Comments
Post a Comment