Guru al-Quran sekadar topeng
Pelaku jenayah seksual tak pegang teguh ajaran Islam: Hassan Din
KUALA LUMPUR: Individu yang membawa imej orang agama, termasuk guru al-Quran yang melakukan jenayah seksual terbukti tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam, sebaliknya hanya menjadikan agama sebagai topeng demi kepentingan diri.
Mengulas kes seorang guru al-Quran di Terengganu yang merogol anak muridnya, tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata individu itu sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak didik, bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah.
“Kes rogol membabitkan guru agama atau guru al-Quran memalukan institusi agama. Mereka sepatutnya memberi teladan terpuji kepada anak murid. Jenayah seksual yang dilakukan mencerminkan insan seperti itu tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.
Bercakap ketika dihubungi Berita Harian, semalam, beliau berkata, dalam kes di Terengganu itu, nafsu serakah lelaki berkenaan terbukti tidak dapat dibendung akibat hasutan syaitan walaupun dia sudah berusia lebih separuh abad dan mempunyai empat isteri.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Akhbar Satar, berkata penjenayah kes rogol, termasuk yang berselindung di sebalik agama adalah mereka yang menghadapi masalah jiwa dan mempunyai keinginan seksual melampau.
Sehubungan itu, katanya, pesalah kes berkenaan harus dikenakan hukum maksimum oleh mahkamah kerana jenayah dilakukan mereka memberi kesan terlalu besar. iaitu memusnahkan masa depan dan menyebabkan trauma kepada mangsa.
Beliau percaya kebanyakan kes rogol di negara ini tidak dilaporkan kepada polis kerana mangsa adalah ‘secret survivor’ dan takut kepada pelaku yang tergolong daripada individu dikenali.
Seperti kata Dr. Mashita, ada ustaz ni tiba-tiba saja muncul. Malah ada daripada rockers jadi ustaz. Mana-mana agama pun begitu. Berlagak alim semata-mata menutup kegiatan jenayah. Bukan tidak biasa buka kopiah putih kemudian naik hotel..zzz

Comments
Post a Comment