Tiga remaja mengaku salah simbah cat

SEREMBAN: Tiga remaja mengaku bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam atas tuduhan berasingan menyimbah cat merah dan membaling botol arak ke sebuah surau di Taman Sri Pulai, Sikamat, di sini, Isnin lalu.

Semua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, seorang daripada mereka bersubahat melakukan satu kesalahan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lalu.
Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dua daripada mereka dengan niat bersama melakukan khianat dengan menyimbah cat di surau terbabit pada waktu dan tarikh sama.

Mengikut pertuduhan ketiga pula, semua tertuduh dengan niat bersama melakukan khianat dengan membaling botol arak di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar