Mayat bayi ditemui dalam sungai

IPOH 11 Sept. - Seorang bayi yang tidak diketahui jantina ditemui dalam keadaan hampir reput di dalam sungai di Kampung Jambu, Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, mayat bayi yang dijumpai orang ramai itu, kira-kira pukul 10 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal polis, mayat bayi tersebut dibuang sejak tiga hari lalu.

"Kita akan tunggu laporan forensik hasil bedah siasat yang akan dijalankan Hospital Taiping bagi mengenal pasti ibu bapa bayi tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut tampil membantu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-8291222.

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar