Dua dituduh pecah amanah RM26j

Mahkamah arah bekas pengarah syarikat pembekal alat ganti kereta bela diri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen semalam, mengarah dua bekas pengarah syarikat pembekal alat ganti kereta untuk membela diri atas tuduhan terbabit dalam penipuan pembelian dan pecah amanah sekuriti bernilai RM26 juta, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap warga Singapura, Toh Chun Toh Gordon, 59, dan Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid, 67.
Jagjit menetapkan 20 hingga 22 Disember ini serta 17 hingga 21 Januari tahun depan untuk semua tertuduh membela diri.

Toh dituduh terbabit dalam penipuan berkaitan dengan pembelian 11.1 juta unit saham Multi-code Electronics Industries (M) Berhad dengan menyebabkan pengeluaran deposit tetap syarikat itu berjumlah RM18,146,168.74 dan RM17,552,275.20 sudah dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad.

Toh dituduh melakukan kesalahan itu di Kenanga Investment Berhad, Aras 2, Menara Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bharu, antara 26 dan 28 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 88B akta yang sama.
Abul Hasan dituduh bersubahat dengan Toh melakukan kesalahan itu pada hari dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 122C(c) akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Rifhan Raimi Rozi dan Ahmad Faiz Munawar, manakala Toh diwakili peguam Kevin Joshua dan Abul Hasan diwakili Ng Aik Guan


sumber : bharian online

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar