Abang hadapi masalah, adik jadi mangsa rogol
Polis tahan tiga suspek serta abang gadis untuk siasatan KUALA TERENGGANU: Gara-gara abang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan rakannya, si adik dijadikan mangsa apabila dilarikan dan dirogol tiga lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun berada di rumahnya bersama keluarga di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung didatangi dua suspek iaitu rakan abangnya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan melarikan mangsa menaiki sebuah kereta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata selepas kejadian itu, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang suspek memberitahu akan menghantar adiknya pulang. Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi, kakaknya menerima panggilan pula daripada seorang wanita memberitahu adiknya berada dalam keadaan baik, tetapi enggan memberitahu di mana mangsa berada. “Bimbang dengan keselamatan mangsa, ibunya beru...