Posts

Showing posts from March, 2016

Kumpulan pecah rumah dikenali Bahau tumpas

Image
JEMPOL – Polis Jempol menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali Kumpulan Bahau dengan penahanan lapan lelaki tempatan pada minggu ini. Mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi menangani kes pecah rumah di beberapa lokasi seperti Batu Kikir dan Bahau pada tahun ini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Noorzainy Mohd Nor berkata, hasil risikan selama dua minggu, polis berjaya menahan dua lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Bukit Gelugor Kuala Pilah, jam 11 malam, 6 Mac lalu. “Polis turut menjumpai dan merampas satu televisyen plasma, pemain DVD jenama Panasonic, dua buah motosikal dan peralatan pecah rumah. “Hasil soal siasat, polis berjaya menangkap enam lagi rakan suspek di tiga lokasi berasingan iaitu Kuala Pilah, Bahau dan Telemong, Pahang. Polis juga telah mengenal pasti ketua Kumpulan Bahau terbabit. “Polis juga berjaya merampas sebua...