7 akan didakwa atas pembunuhan Kevin Morais
Tujuh lelaki, termasuk seorang doktor tentera akan didakwa esok dalam kes pembunuhan Kevin Anthony Morais, timbalan pendakwa raya yang mayatnya dijumpai di dalam tong dram diisi simen pada Hari Malaysia di Subang Jaya minggu lepas. Lima daripada mereka akan didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara dua lagi termasuk doktor tentera tersebut akan didakwa atas tuduhan bersubahat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, kata sumber kepada The Malaysian Insider. Semua 7 suspek akan berdepan hukuman bunuh jika disabitkan bersalah. Polis sebelum ini berkata Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes melibatkan doktor tersebut, seorang kolonel berusia 50-an, bertugas di makmal patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang didakwa kerana perniagaan haram pada Disember 2013. Pada September tahun lepas, doktor tersebut yang diikat jamin sebanyak RM100,000, dibicarakan dalam 2 dakwaan rasuah bernilai RM700,000 kerana menyarankan 3 syarik...