Posts

Showing posts from September, 2018

Ibu tunggal tawar seks berdepan hukuman sebat

Image
Seorang janda yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu berdepan hukuman sebat selepas mengaku bersalah hari ini. Tertuduh yang berusia 30 tahun sebelum itu didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 17 Sept lalu. Dia yang mempunyai seorang anak perempuan membuat pengakuan bersalah di depan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Rosdi Harun. Portal mStar Online melaporkan wanita itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika menawarkan khidmat seks. Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001. Mengikut undang-undang itu seseorang yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM5,000 atau disebat dengan rotan sebanyak enam kali atau kombinasi hukuman terbabit. Semasa membuat rayuan wanita itu meminta dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak mampu membayar denda. Tertuduh juga menje...

Esscom tembak mati dua ejen culik untuk wang tebusan

Image
Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) dalam kejadian berdekatan perairan Pulau Boheyan dekat sini malam tadi. Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-duanya yang disyaki pendatang tanpa izin berumur lingkungan 50-an, ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot pam dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Air Kunak Tiga pada kira-kira 10.30 malam. "Semasa Operasi Gasak Khas Esscom dijalankan, bot dinaiki suspek cuba meloloskan diri namun pasukan diketuai ACP Mohd Nasaruddin M Nasir bertindak mengejar bot suspek kira-kira 30 minit dan berlaku berbalas tembakan "Mula-mula lampu biru bot polis dinyalakan sebagai memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi suspek melepaskan tembakan ke arah bot pasukan polis dan polis membalas tembakan sebelum memintas bot suspek di Pulau Boheyan dan menembak ke arah suspek,...

Ugut bunuh abang ipar, kelindan lori didenda RM4,000

Image
Seorang kelindan lori didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya , hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh abang iparnya, Jun lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap S Vikneswaran, 26, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentararan terhadap G. Saravanan, 36, dengan berkata ingin membunuh Saravanan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Lai Kong, Jalan PJS8, di sini, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Viknesawaran yang diwakili peguam Suayri Ayappan merayu hukuman berbentuk denda minimum atas alasan mangsa dalam kes ini mempunyai kecenderungan untuk memukul isteri dan ibunya kerana mabuk. "Beberapa laporan polis mengenai mangs...