Posts

Showing posts from April, 2011

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Image
MOHD Karimi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka  selepas dijatuhi hukuman, semalam. AYER KEROH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 44 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan menyamun seorang pelajar universiti, selain menceroboh asrama siswi di Jalan Tun Mutahir disini, minggu lalu. Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dari Lorong Mata Kuching membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar sebaik tuduhan selesai dibacakan. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 19 tahun di Kolej Siswi Tun Mutahir, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka pada kira-kira jam 2.20 petang, 18 April lalu. Bagi kesalahan ini, Mohd Karimi dikenakan penjara 30 tahun dan 10 sebatan. Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa membabitkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai be...

Sindiket seleweng diesel tumpas

Image
PUTRAJAYA: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi kini menggunakan taktik mengubah suai lori kontena menjadi lori tangki bagi mengelak kegiatan haram mereka diketahui umum. Click Here Bagaimanapun, taktik licik mereka terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengggunan (KPDNKK) merampas 25,000 liter diesel, sebuah lori kontena dan tangki penyimpan minyak dianggar bernilai RM120,000 serta menahan tiga lelaki iaitu penjaga stor, pemandu dan kelindan lori dalam satu serbuan kilang di Taman Perindustrian Bukit Puchong, dekat sini, semalam. Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayuddin, berkata serbuan dilakukan selepas kementerian menerima aduan orang ramai berhubung aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri yang dipercayai didalangi sebuah persatuan nelayan di Teluk Intan, Perak, minggu lalu. Beliau berkata, berikutan maklumat itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK...

APMM patah cubaan seludup rokok

Image
ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah menggagalkan cubaan empat lelaki menyalahguna bot pendaftaran nelayan menyeludup 3,300 karton rokok pelbagai jenama dan rampasan bot bernilai lebih RM412,000 berhampiran Jeti Kuala Kedah, di sini, Rabu lalu. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.20 petang itu, empat suspek terbabit berjaya melarikan selepas mendarat di sebuah jeti kecil berhampiran Jeti Kuala Kedah dengan menyusup ke kawasan semak berhampiran. Berikutan itu, APMM merampas 3,300 karton rokok bernilai RM42,000 dengan cukai bernilai RM329,000 serta masing-masing dua bot gentian kaca sepanjang tujuh meter dan dua enjin sangkut. Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Taji, berkata operasi berkenaan membabitkan lima anggota APMM yang mengintip pergerakan suspek dari Langkawi sebelum mengejar mereka hingga ke Jeti Kuala Kedah. Katanya, sebaik menyedari mereka diekori, keempat-empat suspek memecut bot mereka k...

Pelajar kolej ditahan berkhalwat

Image
Penuntut perempuan kolej dakwa temani warga Nigeria mahu ke Thailand JITRA: Seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur ditahan berkhalwat dengan seorang lelaki warga Nigeria bukan Islam di sebuah motel di Changlun, dekat sini, malam kelmarin. Click Here Wanita berusia 24 tahun yang berasal dari Puchong, Selangor itu dicekup bersama pasangannya berusia 28 tahun yang menyewa sebuah bilik di motel terbabit kira-kira jam 10.45 malam dalam serbuan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). Sumber berkata, selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di motel itu, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama melakukan serbuan dan memeriksa bilik terbabit yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berkemeja T dan berseluar pendek membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam bilik itu. “Apabila diperiksa, kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap kemeja T da...

Lapan pelajar mengaku bersalah

Image
MARANG: Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun, semalam mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu. Semua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang Tingkatan Empat dan tiga Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini. Click Here Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April. Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Untuk pertuduhan kedua, kesemua pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 17 tahun, pada masa dan tempat yang sama. Kesala...

Mayat bayi dalam beg

Image
BANDAR BAHARU: Mayat kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan setahun, dipercayai keturunan India ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu di sini, kelmarin. Beg berwarna hitam yang ditinggalkan di tepi tiang lampu di sebalik pokok bunga ditemui kira-kira jam 5 petang oleh dua pekerja PLUS sebelum memaklumkan kepada seorang penarik kereta yang kebetulan melalui laluan itu. Penarik kereta itu yang dikenali sebagai Ng, 45, terus membuka beg berkenaan dan terkejut apabila mendapati ada mayat budak lelaki seperti dalam keadaan tidur di dalam beg berkenaan. Mayat budak itu lengkap berbaju-T berjenama ‘Pureen’ dan seluar pendek berwarna merah serta berstokin. Tiada kecederaan di mayat itu yang sepadan dengan saiz beg berkenaan kecuali ada cecair keluar dari mulut dan hidung. Berikutan itu, mereka memaklumkan penemuan mayat budak itu kepada polis. Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah si...