Zunar ditahan kes komik unsur hasutan
KUALA LUMPUR: Kartunis, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan polis semalam apabila didapati menerbitkan komik berunsur hasutan.
Zunar, 49, ditahan di pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd di Brickfields di sini, oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kira-kira jam 4 petang dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata polis turut merampas 67 naskhah terbaru buku berjudul Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam semalam serta beberapa lukisan kartun milik kartunis itu.
“Beliau kini dibawa ke IPD Brickfields dan akan direman beberapa hari bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Syarikat penerbitan buku kartun berunsur politik itu sebelum ini pernah diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila mendapati watak dalam kandungan buku itu dicipta untuk menyindir kerajaan.
Kebenaran itu amat menyakitkan. Kejujuran juga menyakitkan. Tapi perlukah rakyat Malaysia menjadi pembohong???

Comments
Post a Comment