Polis tahan reman pengawal keselamatan bunuh rakan sekerja

KLANG: Polis hari ini menahan reman selama seminggu seorang pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Majistret Afifah Yusof membenarkan lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah dan baru bertugas tiga bulan di HTAR direman bermula hari ini sehingga 4 September.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, dua mangsa yang dikenali sebagai P. Mailvanagam, 47, dan S.Gunasilan, 22, mati ditembak di dada di perkarangan tempat letak kereta kakitangan HTAR.
Kejadian dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan bunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi Bernama berkata, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah syabu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar