Posts

Haziq Aziz mengaku gay?

Image
Paling hangat di Malaysia dan negara jiran iaitu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin tertinggi Malaysia. Individu bernama Haziq Aziz kemudian tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa beliaulah individu yang tampil berkentot bersama Azmin Ali di dalam video intim yang menjadi viral kelmarin. Sama-sama kita tunggu kejadian seterusnya.

Terowong Pulau Pinang: 'Datuk Seri' didakwa tipu RM19 juta

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akaun CIMB Bank milik Syarikat ...

Anggota trafik dilanggar dekat Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik dilanggar ketika sedang bertugas di persimpangan Jalan Sultan Hishammuddin di sini sekitar pukul 8.11 pagi Selasa. Menerusi video kamera litar tertutup berdurasi 45 saat yang turut dikongsi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya, kelihatan anggota trafik tersebut sedang memberi laluan kepada kenderaan menuju terus ke Jalan Raja atau belok kanan ke Leboh Pasar. Bagaimanapun, secara tiba-tiba, sebuah kereta yang menghala ke Jalan Raja melanggar anggota trafik tersebut yang berdiri di tengah-tengah persimpangan itu untuk mengawal laluan trafik. Seperti dapat menjangkakan akan dilanggar, anggota trafik itu dilihat tangkas berdiri semula selepas kejadian itu. Menyedari kesalahan yang dilakukannya, pemandu kenderaan tersebut bertindak keluar dari kenderaannya dan menuju ke arah anggota trafik tersebut. Dalam video berkenaan, pengguna jalan raya lain terutama penungggang motosikal dilihat memberhentikan kenderaan m...

Ibu tunggal tawar seks berdepan hukuman sebat

Image
Seorang janda yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu berdepan hukuman sebat selepas mengaku bersalah hari ini. Tertuduh yang berusia 30 tahun sebelum itu didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 17 Sept lalu. Dia yang mempunyai seorang anak perempuan membuat pengakuan bersalah di depan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Rosdi Harun. Portal mStar Online melaporkan wanita itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika menawarkan khidmat seks. Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001. Mengikut undang-undang itu seseorang yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM5,000 atau disebat dengan rotan sebanyak enam kali atau kombinasi hukuman terbabit. Semasa membuat rayuan wanita itu meminta dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak mampu membayar denda. Tertuduh juga menje...

Esscom tembak mati dua ejen culik untuk wang tebusan

Image
Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) dalam kejadian berdekatan perairan Pulau Boheyan dekat sini malam tadi. Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-duanya yang disyaki pendatang tanpa izin berumur lingkungan 50-an, ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot pam dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Air Kunak Tiga pada kira-kira 10.30 malam. "Semasa Operasi Gasak Khas Esscom dijalankan, bot dinaiki suspek cuba meloloskan diri namun pasukan diketuai ACP Mohd Nasaruddin M Nasir bertindak mengejar bot suspek kira-kira 30 minit dan berlaku berbalas tembakan "Mula-mula lampu biru bot polis dinyalakan sebagai memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi suspek melepaskan tembakan ke arah bot pasukan polis dan polis membalas tembakan sebelum memintas bot suspek di Pulau Boheyan dan menembak ke arah suspek,...

Ugut bunuh abang ipar, kelindan lori didenda RM4,000

Image
Seorang kelindan lori didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya , hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh abang iparnya, Jun lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap S Vikneswaran, 26, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentararan terhadap G. Saravanan, 36, dengan berkata ingin membunuh Saravanan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Lai Kong, Jalan PJS8, di sini, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Viknesawaran yang diwakili peguam Suayri Ayappan merayu hukuman berbentuk denda minimum atas alasan mangsa dalam kes ini mempunyai kecenderungan untuk memukul isteri dan ibunya kerana mabuk. "Beberapa laporan polis mengenai mangs...

2 sahabat ke tali gantung

Image
DUA sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2.93 kilogram (kg) di Sungai Siput, tiga tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap V Nadarajan, 30, dan R Vikneswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar ganja seberat 2.93 kg di kawasan letak kereta pasar raya di Jalan Lintang, Sungai Siput, 7.20 petang 14 Januari 2014. Mereka didakwa ikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Mohd Azrul Faidz manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P Ravi. -Hmetro