Posts

Showing posts from April, 2014

Bunuh ibu kerana telefon pintar

Image
Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dikelar anak sulungnya itu petang tadi. Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu pada 4.30 petang untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang. Beliau berkata mayat Marife Resuello Wong, seorang warga Filipina, didapati mempunyai kesan kelar di leher. Polis turut menemui pisau pemotong sayur yang disyaki digunakan untuk membunuh Marife di dalam kereta itu. "Pisau ini mempunyai kesan darah. Ia dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dan selepas itu, dia melarikan diri dari tempat kejadian," katanya di sini.      Siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek duduk di bahagian belakang kerusi pema...

Penjual burger dihukum gantung

Image
  Bekas penjual burger, Mohamad Firdaus Mokhtar, 31, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Georgetown hari ini selepas didapati bersalah membunuh Mohd Faizal Mohd Zain pada 3 Mei 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Untuk berita selanjutnya sila layari sinarharian online.

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Image
  Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Zahidah Ahmad (depan) selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya manakala adik tirinya (belakang) hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mendapat laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan beliau masih di bawah umur di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Untuk berita penuh sila layari portal sinarharian