Posts

Showing posts from 2017

2 sahabat ke tali gantung

Image
DUA sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2.93 kilogram (kg) di Sungai Siput, tiga tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap V Nadarajan, 30, dan R Vikneswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar ganja seberat 2.93 kg di kawasan letak kereta pasar raya di Jalan Lintang, Sungai Siput, 7.20 petang 14 Januari 2014. Mereka didakwa ikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Mohd Azrul Faidz manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P Ravi. -Hmetro

Bunuh lepas lamar

Image
Palembang: Seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam kekasihnya sendiri hingga mati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan wanita itu ditolak keluarga mangsa. Lelaki berkenaan, Suyanto, 24, dilaporkan pergi ke rumah kekasihnya, Sonya, 19, di Sukawinatan di sini kelmarin untuk bertemu ibu wanita itu. Kakak Sonya, Fatimah, 33, berkata, Suyanto yang juga pelajar Universiti PGRI di Palembang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan adiknya yang belajar di Universiti Bina Darma juga di Palembang. “Bagaimanapun, ibu memberitahu dia tidak bersetuju dan tidak merestui perkahwinan mereka. “Ibu berkata, jika mahu melamar datang secara baik ke rumah,” katanya yang dipetik akhbar Sriwijaya Post. Ujarnya, kerana terlalu marah, Suyanto terus menarik Sonya ke dalam sebuah bilik dan terjadi pertengkaran antara mereka. “Tidak lama selepas itu kami mendengar suara Sonya meminta tolong dan terus memecah pintu bilik sebelum melihat Suyanto sedang memangku adik saya yang berlumuran d...

Ahli kongsi gelap 04 ditahan

Image
POLIS menahan lapan lelaki yang disyaki anggota kongsi gelap 04, malam semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan di sekitar Georgetown, baru-baru ini. Dalam tangkapan 11 malam itu, semua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) menerusi Op Cantas. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mereka disyaki terbabit dalam dua kes pergaduhan di Lorong Steward dan persimpangan lampu isyarat di Dato Keramat pada malam Rabu lalu. Beliau berkata, pergaduhan membabitkan dua kumpulan dalam satu upacara keagamaan. Katanya, lapan parang panjang ditemui disorok untuk melakukan rusuhan. "Semua suspek dibawa ke IPDTL dan dua daripadanya memiliki rekod jenayah. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 15 Mei depan untuk siasatan lanjut," katanya. -Hmetro

Tukang masak didapati bersalah dihukuman gantung sampai mati

Image
BEKAS tukang masak lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang, 11.55 pagi 2 Februari 2015. Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh. Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki terbabit yan...

Pemandu lori edar ganja dihukum gantung

Image
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu lori atas kesalahan mengedar ganja sebanyak 2.7 kilogram. Mahkamah mendapati Wan Mohamad Lufti Jaffar, 35 tahun, bersalah kerana mengedar ganja itu di depan premis GD Express Sdn Bhd, No 213, Jalan Taiping Parit Buntar pada 26 Julai 2014 jam 12.10 malam. Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali juga mendapati Wan Mohamad Lufti bersalah atas tuduhan kedua memiliki ganja sebanyak 34 gram pada tarikh, masa dan tempat yang sama. Bagi kesalahan itu dia dihukum penjara tiga tahun dan dikenakan hukuman rotan, sebanyak lima sebatan. Hakim memerintahkan Wan Mohamad Lufti menjalani hukuman itu mulai tarikh tangkapan pada 24 Julai 2014. Menurut hakim, mahkamah berpuas hati kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh tanpa keraguan munasabah. Katanya, beliau juga mendapati pembelaan tertuduh sepanjanng perbicaraan hanya bersifat penafian semata-mata. Pend...

Kes Sosilawati: Hukuman Mati Kekal Bagi Pembunuhan Paling Kejam

Image
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya tujuh tahun lalu telah membawa kepada kesudahan bagi satu jenayah paling kejam yang berlaku di negara ini dalam dekad-dekad yang lalu. Pada hari yang begitu tragik, Sosilawati, yang ketika itu adalah ikon utama dalam industri kosmetik tempatan yang bernilai jutaan ringgit, telah pergi untuk bertemu peguamnya, ditemani tiga yang lain, di ladangnya di Banting untuk memintanya mempercepatkan bayaran bagi dua cek yang tarikhnya ditunda bernilai RM4 juta yang merupakan hasil penjualan tanah ikon berkenaan yang dikendalikan firma guaman lelaki itu. Sebaliknya, mereka mati dalam keadaan mengerikan di tangan bekas peguam N.Pathmanabhan dan pekerja ladang T.Thilaiyalagan dan R.Kathavarayan dengan mayat mereka dibakar secara pembakaran mayat menggunakan kayu api. Pemb...

Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis ke tali gantung

Image
KANGAR: Dua pegawai Jabatan Imigresen negeri ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, Kangar, hari ini atas tuduhan membunuh warga Bangladesh pada Oktober 2014. Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar ke atas Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 35, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian pendatang asing tanpa izin (PATI), Abu Bakar Siddiqe di bilik pantri Jabatan Imigresen, di sini, antara 10 hingga 11 malam pada 29 Oktober 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dalam penghakiman mahkamah sedar semua intipati kes pendakwaan dan sudah menimbangkan pembelaan secara mendalam. Ketika keputusan dijatuhkan, Mohd Aminuddin dan Zuhairul Effendy tidak menujukkan sebarang reaksi. Ahli keluarga kedua-dua tertuduh serta rakan sekerja daripada Jabatan Imigres...

Lelaki dihukum gantung sampai mati edar ganja

Image
Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 4.5 kilogram dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman S M Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Azhar Muhammad Zaini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Lelaki edar dadah lebih 3kg dihukum gantung

Image
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah kanabis seberat 3.139 kilogram dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh iaitu Radin Irwan Iskandar Isagani, 33, tidak munasabah dan tidak membangkitkan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Mahkamah juga berpuashati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan. "Saya berpandangan bahawa keterangan tertuduh seolah-olah menangguk di air keruh, tertuduh cuba mengalihkan penglibatannya kepada pihak-pihak yang tidak tentu kewujudannya. "Gambaran keseluruhannya yang dilihat di akhir kes adalah tertuduh sememangnya membawa beg biru tersebut yang mengandungi dadah berbahaya ke rumah SP1 (bekas isterinya) dan meletakkannya di bilik ketiga," katanya. ...

Bunuh isteri, bapa empat anak dihukum gantung sampai mati

Image
KUALA LUMPUR: Seorang suami yang memukul isterinya bertubi-tubi sehingga mati, hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh wanita itu pada 2013. Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamaluddin Ali, 43, bapa kepada empat anak selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak itu didapati bersalah membunuh Nurhidayah A Ghani, 29, di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5 1/2 Jalan Puchong, di sini, pada 9 malam, antara 15 Mei hingga 17 Mei 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Terdahulu sebelum menjatuhkan hukuman mahkamah mendengar keterangan impak mangsa daripada kakak mangsa iaitu Umi Kalsom, 41, yang memberitahu bahawa ibunya mungkin dapat menerima kematian Nurhidayah jika dia meninggal dunia akibat sakit, dan bukannya dibunuh kejam. "Ibu saya yang...

Pelajar kolej dihukum gantung sampai mati edar lebih 3kg kokain

Image
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta warganegara Guinea dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar 3,304.6 gram dadah jenis kokain. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Emmanuel Kamano, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Dalam penghakimannya Nordin berkata mahkamah mendapati tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang disalut coklat dan diletakkan di dalam beg plastik. "Tertuduh gagal menyangkal anggapan pemilikan dan dengan jumlah dadah yang besar,  bagi maksud pengedaran. Justeru itu tertuduh disabit dengan kesalahan dan dihukum gantung sehingga mati, kata Nordin. Sementara itu rakan Emmanuel, seorang ahli perniagaan warganegara Nigeria yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu bernasib baik apabila mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan sama. Nordin ber...