Kes bunuh Sosilawati - 2 mengaku bakar empat mayat
BANTING: Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibunuh oleh seorang lelaki, mayat mereka diletak di atas longgokan kayu, dicurah petrol dan diesel sebelum dibakar antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu. Pada jam 8 pagi keesokan hari, abu mayat mereka dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibawa dengan kenderaan jenis Isuzu D-Max serta dibuang di Sungai Panchau, Jalan Morib. Pengakuan itu kali pertama didedahkan melalui fakta kes membabitkan dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Mekanik, K Sarawanan, 19 dan U Suresh, 26, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38. Sarawanan didakwa melakukan empat kesalahan itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 9.45 malam dan 12 tengah malam, 30...