Sindiket bomoh palsu tumpas
Lima suspek warga China termasuk empat wanita ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam lapan kes jenayah penipuan melalui taktik rawatan bomoh di beberapa daerah di negeri ini sejak Januari lalu, termasuk kes terbaru di Labuan, Rabu lalu.
Suspek berusia 29 hingga 39 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sabah di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin, dipercayai bersiap untuk pulang ke negara asal.
Mereka disyaki melakukan penipuan dengan menjadikan wanita berusia 50-an terutama suri rumah sebagai mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Superintendan Soh Hock Seng, berkata lapan kes dikesan membabitkan masing-masing dua di Inanam dan Luyang serta satu di Tuaran, Tawau, Penampang dan Labuan dengan kerugian keseluruhan RM127,338.

Comments
Post a Comment