'Rambo Bentong' dihukum gantung lagi
Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, tiga tahun lalu. Ini kali kedua Rabidin dijatuhi hukuman mati. Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhi hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng, pada 2009. Dalam prosiding semalam, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menjatuhi hukuman mati selepas mendapati pembelaan tertuduh yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya. Rabidin, 45, didakwa membunuh mangsa yang berusia 31 tahun antara jam 3.50 pagi hingga jam 4.30 pagi di JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong pada 3 November 2012. Dia juga didakwa merompak dengan menggunakan senjata api, mendatangkan kecederaan dan dua tuduhan merogol isteri mang...