Warga emas maut ditikam


MELAKA - Seorang lelaki warga emas  ditemui mati dengan dua kesan tikaman di garaj hadapan rumahnya di Kampung Lanjut Manis, di sini hari ini.

Mangsa, Hussin Joh, 76, ditemui berlemuran darah di bahagian dada oleh penduduk kampung kira-kira jam 10.45 pagi selepas dipercayai disamun suspek yang kemudian melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, mangsa ditemui terbaring di garaj dengan dua kesan tikaman di bahagian bawah tulang rusuk.

"Mangsa dipercayai disamun suspek berikutan porch bag yang dikatakan sering dililit di pinggang tidak ditemui pada badannya atau kawasan sekitar.

"Kita juga percaya mangsa ditikam dengan senjata tajam sebelum suspek bertindak melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Razali, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Sinarharian


Comments

Popular posts from this blog

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

Hukuman gantung sampai mati bunuh ibu tiri

Taktik bawa lelaki masuk rumah terbongkar