Tikam abang ipar: Warga Vietnam dijel 15 tahun
KOTA BHARU - Seorang nelayan warga Vietnam dihukum penjara 15 tahun oleh mahkamah sesyen di sini, tadi, selepas mengaku tikam abang ipar hingga mati kerana sering membulinya.
Vo Chi Tao, 22, mengaku salah dengan niat menyebabkan kematian Nguyen Troung Han di sebuah jeti di Pak Mayong, Semerak, Pasir Puteh pada jam 8 malam, 18 Disember tahun lalu.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, sehari selepas kejadian.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam awam dan jurubahasa Vietnam.
Pada tarikh lalu, polis menerima maklumat berhubung satu pergaduhan sebelum mangsa dikhabarkan meninggal dunia selang sejam menerima rawatan di hospital.
Berpandukan saksi juga rakan mereka, carian skuad penyelam berjaya menemui pisau berukuran 22 sentimeter yang dibuang ke dalam laut berhampiran pelabuhan di lokasi kejadian.
Bedah siasat mendapati luka-luka mempertahankan diri pada fizikal mayat, tiga luka hiris pada belakang badan dan satu tikaman di ketiak kiri.
Tikaman sedalam 14 sentimeter itu menembusi jantung dan paru-paru mangsa menyebabkan pendarahan banyak yang menjadi punca kepada kematiannya.
Tertuduh sebelum itu pergi ke jeti berkenaan untuk minum minuman keras dan membawa bersamanya pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.
Tertuduh datang ke Malaysia sejak 2014 dan sering dibuli abang ipar itu sepanjang dia bekerja di sini.-Sinarharian

Comments
Post a Comment