Kekasih gelap mati dibelasah
Suami berang terserempak isteri bermesra dengan rakan sendiri
JOHOR BAHRU: Berang selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan mengadakan hubungan sulit dengan rakannya sendiri, seorang suami membelasah lelaki berkenaan hingga mati dalam kejadian di pinggir bandar raya ini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya dekat Plentong di sini, kira-kira jam 9.30 malam sejurus suami berusia 41 tahun itu terserempak isterinya bersama mangsa yang berusia 39 tahun. Melihat kemesraan isterinya dengan lelaki itu, suaminya dipercayai gagal mengawal kemarahannya lalu bersemuka dan menyerang dengan memukul serta menikam mangsa hingga rebah berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang enggan mendedahkan punca kejadian, berkata mangsa meninggal dunia ketika dihantar untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Mangsa disahkan mati akibat pendarahan teruk terkena tikaman senjata tajam yang digunakan suspek dalam serangan itu. Suspek cuba melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi berjaya ditahan polis untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti motif dan punca pembunuhan. Mayat mangsa dibedah siasat oleh Jabatan Forensik HSI sebelum diserahkan kepada warisnya untuk pengebumian,” katanya semalam.
Tinjauan mendapati keluarga termasuk isteri mangsa yang masih terkejut dengan kejadian berada di Jabatan Forensik HSI untuk menuntut mayat suaminya.
Beberapa saudara terdekat wanita terbabit memaklumkan suri rumah itu masih terkejut dan sedang bersedih dengan tragedi itu dan enggan bertemu media.

Inilah akibatnya bermain dengan api, mudah-mudahan perkara ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua
ReplyDeletebukan mudah nak kawal nafsu, begitu juga bukan mudah nak kawal perasaan marah,melainkan bagi mereka yang benar2 berilmu, setiap yg berlaku ada hikmahnya,fikir fikirkanlah dan renung renungkanlah.
ReplyDeleteJika isteri curang kepada c suami sekalipun janganlah sampai bunuh. lebih baik siasat dulu dengan baik2. Membunuh bukan penyelasaian sesuatu kesilapan atau kesalahan seseorang. Rujuklah kepada pihak-pihak berkuasa untuk tindakan yang sesuai.
ReplyDeletemenurut kajian 85% wanita malaysia tidak puas di atas katil.
ReplyDelete