Sindiket seleweng diesel tumpas
PUTRAJAYA: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi kini menggunakan taktik mengubah suai lori kontena menjadi lori tangki bagi mengelak kegiatan haram mereka diketahui umum.
Click Here
Bagaimanapun, taktik licik mereka terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengggunan (KPDNKK) merampas 25,000 liter diesel, sebuah lori kontena dan tangki penyimpan minyak dianggar bernilai RM120,000 serta menahan tiga lelaki iaitu penjaga stor, pemandu dan kelindan lori dalam satu serbuan kilang di Taman Perindustrian Bukit Puchong, dekat sini, semalam.
Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayuddin, berkata serbuan dilakukan selepas kementerian menerima aduan orang ramai berhubung aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri yang dipercayai didalangi sebuah persatuan nelayan di Teluk Intan, Perak, minggu lalu.
Beliau berkata, berikutan maklumat itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK diarah melakukan intipan dan mengekori sebuah lori kontena dipercayai membawa muatan diesel bersubsidi dari Teluk Intan sejak jam 8 malam kelmarin sehingga tiba di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Puchong, di sini, jam 2.30 pagi semalam.
“Bagaimanapun, pegawai penguat kuasa KPDNKK terpaksa menunggu sehingga pintu pagar dibuka dan pekerja mula melakukan kerja memindahkan diesel terbabit ke tangki di situ dan kemudian menyerbu premis terbabit.
“Dalam serbuan itu, kami merampas 25,000 liter diesel bersubsidi dan menahan tiga lelaki tempatan berusia 30-an dan 40-an ketika sedang memindahkan minyak daripada lori kontena kepada tangki minyak berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan terbabit di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Roslan berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1981 kerana memiliki bahan kawalan dengan niat melakukan kesalahan dan Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki bahan kawalan bertanda tanpa kebenaran.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun, manakala bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM250,000.
Mohd Roslan juga sudah memanggil pakar dan hasil pemeriksaan mendapat minyak diesel disimpan dalam tangki statik di kilang terbabit adalah sebahagian daripada diesel subsidi dibekalkan kepada persatuan nelayan terbabit.
“Berikutan itu, kita akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti dalang utama dan orang dalam yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penyelewengan diesel subsidi terbabit.
“Modus operandi sindiket penyelewengan diesel subsidi ini ialah mengubahsuai lori kontena yang sepatutnya membawa muatan kargo barang am kepada lori tangki bagi mengelak kegiatan mereka dihidu orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya. - Bharian

Comments
Post a Comment